Tuesday, November 6, 2012

-DOA NABI MUSA-

"Ya tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku."
(al-qashash-28 ; m/s387 : 16)
  • doa ini dipohon setelah nabi musa menyesali kematian (kaum firaun) disebabkan pukulannya, kerana dia bukanlah bermaksud untuk membunuhnya tetapi hanya semata-mata membela kaumnya.



"Ya tuhanku, selamatkanlah aku daripada orang yang zalim itu"
(al-qashash-28 ; m/s387 : 21)
  • doa ketika nabi musa keluar dari negeri Mesir setelah mendapat nasihat supaya meninggalkan negeri mesir.



"Ya tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang engkau turunkan kepadaku"
(al-qashash-28 ; m/s388 : 24)
  • doa nabi musa ketika berteduh setelah memberi minum kepada binatang ternakan (perempuan di madyan).