Wednesday, March 23, 2016

‪#‎masa‬ gagah enjoy x igt dunia, bila lemah baru nak sedar#

Pagi semalam saya ke mahkamah melihat pasangan yang sudah 15 tahun berkahwin ingin membubarkan perkahwinan mereka. Anak 5 orang dari usia 7 tahun hingga 14 tahun. Sebab perceraian? Suami gila melihat gambar tak senonoh. Menjalin hubungan dengan kawan zaman sekolah dan bersayang2 dengan perempuan yang masih isteri orang. Telefon bimbit 24 jam berkunci tapi Allah nak tunjuk anak2 berjaya buka kata kunci tersebut dan anak2 nampak segala perbuatan buruk ayah mereka disitu. Dalam mahkamah semalam, hak penjagaan anak2 dapat pada isteri dan hakim memutuskan rumah yang mereka beli atas nama bersama diberikan pada anak2 dan bekas isteri kerana anak2 memerlukan tempat tinggal yang selesa tetapi yang mengejutkan kami adalah apabila ayah anak2 berkata "itu rumah saya juga, kenapa nak bagi pada dia (bekas isteri)" Aduhai... kan anak2 bekas isteri yang jaga, mestilah isteri kena duduk dalam rumah tu. Kalau tak nak bekas isteri duduk rumah tu sekali pun, janganlah cakap macam tu... jual rumah tu dan sediakan tempat tinggal lain untuk anak2. Tapi kalau saya, saya bagi jer anak2 tinggal disitu sebab mereka sejak lahir duduk rumah tu, sekolah disitu dan kawan2 juga ramai disitu Sudahlah kau mengecewakan hati anak2 dengan perangai yang tidak senonoh, sekarang kau menanamkan sifat benci pulak dihati anak2 dengan tindakan mengusir mereka keluar dari rumah? Benci pada bekas isteri sekali pun, ingatlah sedikit pada anak2. Cuba renung mata anak2 dan tanya dalam hati, tergamakkah kita nak biarkan anak2 angkut barang2 mereka keluar dari rumah setelah mak ayah mereka berpisah hanya kerana si ayah tidak mahu ibu mereka duduk dirumah itu lagi? Tergamakkah? Tak takut jika anak2 akan membenci ayah mereka untuk selamanya? Fikirlah.... sekarang mungkin belum terfikir sebab sedang seronok dikelilingi 'betina' lain. Tapi yakinkah 'betina' itu akan memberikan kita keseronokkan hingga hujung usia kita? Jangan sampai bila 'betina' itu menjauhi kita dan saat itu kita sudah pun tua sudah uzur sudah makan pun perlu bersuap, berak kencing pun tak terkawal baru nak ingat anak2, baru sedar yang kita ada anak2, baru nak cari anak2 untuk berpaut dan bergantung harapan. ☺ ☺ ☺ ‪#‎masa‬ gagah anak2 tak diendah, bila lemah baru nak sedar#

c&p