Dugaan yang datang silih berganti, sebagaimana suka dan duka juga datang silih berganti... bila adanya suka tak berapa lama duka pasti menjelma... setiap orang takkan lepas dari perasaan seperti itu jika dirinya seorang manusia.
Liku-liku kehidupan ini sangatlah sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Walaupun sangat-sangat sukar senang tu terselit juga disebalik kesukaran yang dialami. Walaubagaimanapun tanpa kesukaran hidup kite takkan hargai kesenangan. "Allah takkan uji hamba itu jika dia tak mampu hadapinya" yakinlah dengan dugaan yang Allah bagi.
Kasih sayang manusia sedalam mana pun tetap akan lenyap. Kalau tak putus di tengah jalan; ajal pula yang menjemput di tengah jalan; & ianya pasti takkan kekal selama-lamanya. Malam ni entah kenapa hatiku rasa sayu sangat-sangat. Dah lama rasanya air jernih di kelopak mata tak mengalir; betapa kerasnya hati ini dalam meniti kehidupan ni.
Hati ini sayu, pilu, hiba, sendu bila mengenangkan nasib diri ini; yang mana diwaktu ini kekeliruan menyelubungi diri ini dalam menentukan kehidupan di masa depan. Dimana kehidupan yang akan dikongsi dengan seseorang insan yang bergelar seorang suami. Perasaan ini tak pasti sama ada bakal suami nanti betol-betol sayangkan diri ini & boleh beri komitmen pada masa akan datang atau sebaliknya.
Tika ini diri ini rasa betol-betol dalam dilema. Perasaan ini hadir bila bakal suami susah untuk dibawa berbincang & hanya perlu dengar sebelah pihak sahaja. Persoalan "Siapakah aku pada dia?; sentiasa bermain di kotak fikiran ini. Bila membayangkan kehidupan selepas akad buat diri ini makin takut dan keliru dengan perangai yang die tonjolkan sejak akhir-akhir ini.
Lagi banyak pula persoalan yang muncul di fikiran ni. Bahagiakah aku nanti jika sikapnya berterusan macam ni. Atau mungkin aku akan terus makan hati dengan sikap die yang acuh tak acuh. owhhhh sangat menakutkan bila fikir balik apa akan jadi selepas akad nanti.
YA Allah!!!!!! bantulah hambamu yang lemah ini. Berilah petunjuk kepadaku sebagaimana orang2 terdahulu diberi petunjuk. sesungguh tiada daya upaya aku Ya Allah. Kuatkanlah hati ini menghadapinya Ya Allah.